Apam ice-cream
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
4 biji telur
2 cawan gula pasir
3/4 cawan ice-cream soda -mama buh 1 cawan
1 sudu essence rose -kdg buh perisa strawberry
Pewarna-kdg pakai 3 warna
1 sudu teh baking powder} mama tambah
1 sudu teh Ovalette}
Kaedah penyediaan :
1. Pukul telur + gula hingga kembang
2. Masuk tepung dan kacau sebati
3. Masuk ice cream soda + essence rose. Kacau sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 warna.
5. Bubuh adunan selang-seli.
6. Kukus 15-20 min.
Kek Marble Susu
250g mentega
230g gula kastor
2 sudu kecil ovalete
4 biji telur
270g tepung superfine
1 sudu kecil serbuk penaik
60g susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar atau susu cair
1 sudu kecil pes coklat atau coklat emulco
Kaedah penyediaan :
1.Pukul mentega,gula kastor & ovalette hingga gebu & kembang.
2.Masukkan sebiji demi sebiji telur. Pukul hingga naik.
3.Masukkan tepung,serbuk penaik. Kacau rata.
4.Bubuh susu,gaul sebati.
5.Bahagikan 2. Masukkan serbuk koko,susu segar dan pes coklat ke dalam satu bahagian.
6.Bubuh ½ senduk adunan biasa ke dalam Loyang yg dilengser dan dialas dgn kertas kalis minyak.ratakan pula ½ senduk adunan koko. Ulang sampai habis.
7.Goyangkan Loyang supaya adunan menjadi rata.
8.Bakar pada 180 C selama 40 - 45 minit atau hingga masak.
PUDING ROTI
Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti
B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
C:
2 sudu besar kismis hitam
Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
CARA:
1. Koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.